aL - Fatihah untuk rakanku allahyarham Azmir Syazwan Suhaimi

2comments

Dua pelajar UiTM Arau terbunuh
22/02/2009 7:04pm

KANGAR 22 Feb. - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebatang pokok sebelum tercampak ke dalam Terusan Arau dekat sini hari ini.

Yang terbunuh dikenali sebagai Azmir Syazwan Suhaimi, 21, dari Tanjung Bendahara, Alor Setar dan Norhafiza Zafarullah, 20, dari kuarters FRU, Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Rakan mereka yang parah ialah Mohamad Faiq Roslan, 20, dan Norshazarwani Ainie Ahmad, 20, keduanya dari Kedah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 7.50 pagi ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke kampus mereka dengan kereta Proton Wira yang dipandu Azmir Syazwan.

Mayat Norhafiza ditemui di dalam kereta tersebut manakala mayat Azmir Syazwan ditemui tercampak beberapa meter dari kereta itu. - Bernama


- allahyarham Azmir Syazwan Suhaimi merupakan rakan serumahku sewaktu aku blajar kat UiTM Pilah dahulu.Semoga rohnya dicucri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yang soleh..Amiin..
Share this article :

+ comments + 2 comments

February 22, 2009

Al Fatihah...jenazah Allahyarham Azmir Syazwan telah selamat dikebumikan di Perkuburan Masjid Al Bukhari, Alor Malai, Alor Setar pada jam 6.15 petang tadi. Terima kasih kerana mendoakan Allahyarham...daripada Pak Teh Mi, bapa saudara pupu Allahyarham.

February 23, 2009

semoga tenang hendaknya...amin

Post a Comment

thanks ye sudi komen :)

 

Copyright © 2011. saya suka hitam - All Rights Reserved