Kisah Bomoh Di Pahang

4comments

Kali ni aku nak share citer seram kat korang,baca la weh sampai habis.Jangan risau,Kalau baca tengah2 malam pun x meremang sangat pun.Selamat melayan ye :)


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..??????....
Share this article :

+ comments + 4 comments

June 08, 2011

hehe dah pernah dengar dah citer nie..pepun satu perkongsian yg menarik..

Nak menang tiket wayang dan headset? jom join contest ini.
dan nak menang sesuatu? jom teka percutian saya.
NAK MENANG IPAD2? KLIK SINI

June 08, 2011

wakakakakaka. beli la beli la.wuuu. seram je rasa

June 08, 2011

haahahah.. seram btl.. :):0

June 09, 2011

buat spoil je.. dh seram dh mula2..pastu terkena.. hahahha

Post a Comment

thanks ye sudi komen :)

 

Copyright © 2011. saya suka hitam - All Rights Reserved