Kenyataan rasmi "maaf" daripada pihak GaySec kepada pihak umum dan Arlene Tan

2comments

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini
tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa
kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong
beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat
berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara
umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi
lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan
beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri.
Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan
atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al
Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi
sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa
#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang
bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini
semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`.
Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara
ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`,
dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan
data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap
untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna
anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia
siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman
sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang
kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan
cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama
sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :)



Share this article :

+ comments + 2 comments

August 08, 2011

Astarghfirullah al azim....

August 08, 2011

lah. die ke orgnye. -_-

Post a Comment

thanks ye sudi komen :)

 

Copyright © 2011. saya suka hitam - All Rights Reserved